Baitulmaqdis ; Wajar atau tidak sebagai ibu kota Israel
Pertama sekali , menjawab persoalan di atas . Sudah semestinya , jawapan saya adalah tidak . Terlalu banyak perkara yang boleh kita perdebatkan kerana rasional untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel adalah sangat , sangat melampau . Baitulmaqdis , yang asalnya merupakan milik Palestin , terpaksa berpindah milik kepada Israel . Betul lah , dunia sudah mencapai akhir zaman .Banyak implikasi negatif kalau Baitulmaqdis ini dijadikan sebagai ibu kota Israel :
1) Kesukaran dalam usaha damai antara Israel dan Palestin yang tersangkut sekian lama
2)Mencetuskan bantahan besar-besaran daripada para pemimpin negara Islam yang lain
contohnya seperti pemimpin Arab Saudi ,Mesir , Jordan dan Kesatuan Eropah
Sumber : Astro Awani
Kalau korang nak tahu , pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel berlaku pada tanggal 7 Disember 2017 oleh Presiden Amerika Syarikat , Donuld Trumph . Beliau juga mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.Trumph berkata , Baitulmaqdis masih menjadi kota suci kepada tiga agama . Jadi , tiga agama for pengetahuan korang adalah Islam , Yahudi dan Kristian.Tindakan Trumph ini sememangnya menimbulkan kemarahan masyarakat sivil Palestin dan seterusnya negara Islam yang lain.Presiden Palestin , Mahmoud Abbas memberikan amaran kepada Trumph bahawa keputusannya itu akan mewujudkan ketegangan dan seterusnya pelan kedamaian , keselamatan dan kestabilan dunia . Presiden Turki juga , Recep Tayyip Erdogan menegaskan Israel dan AS akan berdepan dengan kemarahan umat Islam seantero dunia.Beliau juga memberikan amaran untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel jika perkara ini diteruskan .

Comments
Post a Comment